Artikel Terkini

ISU-ISU PENCEMARAN TERKINI

14 Mac 2014 11:40
Bacaan Terkini IPU Jerebu Selangor 14 Mac 2014: Indeks Pencemaran UdaraKualiti udara di kawasan di negeri Selangor merosot pada Jumaat, malah beberapa kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang “berbahaya”bacaan terkini ipu jerebu selangor 14 mac 2014 indeks pencemaran udara Setakat jam 6 pagi, dua kawasan yang berada di tahap “Berbahaya” adalah Banting (318) dan Pelabuhan Kelang (350) manakala tiga kawasan mencatat IPU “Tidak Sihat” iaitu Kuala Selangor (154), Petaling Jaya (186) dan Shah Alam (166)Berikut adalah paparan IPU (Indeks Pencemaran Udara) yang direkodkan, sumber menerusi laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia di capaian http://apims.doe.gov.my

BACAAN TERKINI IPU JEREBU SELANGOR 14 MAC 2014 INDEKS PENCEMARAN UDARA 
Lokasi
6AM
7AM
8AM
9AM
10AM
11AM
12PM




Banting
318*
316*
311*
306*
304*
301*
294*
K. Selangor
154*
152*
149*
147*
148*
144*
134*
P.Klang
350*
352*
358*
353*
345*
315*
304*
P.Jaya
186*
186*
185*
184*
184*
184*
182*
S.Alam
166*
165*
164*
163*
162*
161*
160



14 Mac 2014 10:55
SHAH ALAM: Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) mengarahkan kesemua 71 buah sekolah di daerah Kuala Langat supaya ditutup hari ini berikutan jerebu, selain 131 sekolah di daerah Klang. Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata sekolah boleh ditutup sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 200 iaitu bacaan sangat tidak sihat. Bacaan IPU di Pelabuhan Klang di dalam daerah Klang ialah 233 (sangat tidak sihat) pada 6 petang semalam, tetapi meningkat kepada paras berbahaya 352 setakat 7 pagi tadi. Manakala IPU di Banting di daerah Kuala Langat ialah 189 (sangat tidak sihat) semalam dan meningkat kepada 316 (berbahaya) hari ini. Mahmud berkata semasa arahan penutupan sekolah di Kuala Langat dilakukan hari ini, para pengetua mendapati pelajar di sesetengah sekolah di Tanjung Sepat, Banting mula mengalami masalah mata merah dan berair. "Kita benarkan pengetua menggunakan budi bicara masing-masing untuk menutup sekolah," katanya. 
Oleh: BERNAMA


13 Mac 2014 10:44       
KUALA LUMPUR: Dua belas kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi Khamis.Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan berkenaan ialah Kuala Selangor dengan bacaan 155, Nilai (143), Pelabuhan Kelang (137), Banting (134), Putrajaya (124), Bukit Rambai (117), Batu Muda dan Seremban masing-masing dengan bacaan 112.Kawasan lain ialah Petaling Jaya (107), Shah Alam (103), Sri Aman (101) dan Tanjung Malim (100). Tiga lokasi lain menghampiri bacaan IPU tidak sihat iaitu Cheras (99), Port Dickson (98) dan Bandaraya Melaka (95). Bacaan IPU baik berada antara 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300.
Oleh: BERNAMA


26 FEBRUARY 2014 08:55
Susulan daripada keadaan bekalan air yang terputus disebabkan penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi kerana pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat sejak 28 Januari 2014 yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah meluluskan Pelan Pengagihan Air Berjadual dilaksanakan di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Pengagihan Air Berjadual tersebut dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Dari http://www.konsumerkini.net.my


19 AUGUST 2013 05:00
Biasanya, kita menganggap pencemaran udara sebagai sebuah entiti berasingan daripada pencemaran air. Walau bagaimanapun, sesetengah bahan pencemar udara boleh berakhir di dalam sumber-sumber air seperti sungai dan tasik yang akhirnya boleh membawa kepada pencemaran air minuman.

Bukan sahaja pencemar – pencemar tersebut boleh menjejaskan sumber-sumber air berhampiran, malah mereka juga boleh dibawa oleh angin, awan dan hujan sekali gus mencemarkan sumber air di kawasan-kawasan yang jauh dari kawasan sumber. Lebih merunsingkan adalah apabila udara yang tercemar itu tersebar ke seluruh dunia lalu mengakibatkan pencemaran air di persekitaran yang bersih.
Pencemaran udara boleh berasal daripada sumber antropogenik mahupun semula jadi. Contoh sumber antropogenik adalah pembakaran bahan api fosil, pelepasan bahan kimia perindustrian dan pertanian dan pembakaran sisa pepejal. Kebakaran hutan dan aktiviti gunung berapi adalah contoh proses semulajadi yang menyumbang kepada pencemaran udara. Bahan-bahan pencemar udara utama yang juga membawa kepada pencemaran air adalah NOX, SOX, dan logam berat seperti merkuri.

Terdapat beberapa cara untuk bahan –bahan pencemar udara tersebut memasuki sumber-sumber air. Diantaranya adalah pemendapan langsung bahan-bahan pencemar udara ke dalam sumber-sumber air. Ini boleh berlaku apabila bahan pencemar udara tersebut jatuh ke permukaan air melalui air hujan, habuk ataupun tarikan graviti. Cara lain adalah apabila tanah yang tercemar dengan bahan pencemar udara tersebut dihanyutkan ke dalam sumber-sumber air. Antara kesan-kesan buruk daripada pencemaran udara apabila mereka turut mencemari air adalah pertumbuhan alga yang tidak terkawal, ikan yang tercemar dan air minuman yang tidak selamat untuk diminum.
Mathini Arveena Ravee

Forum Air Malaysia

No comments:

Post a Comment