Pencemaran Udara

Takrifan Pencemaran
Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan- bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Bahan- bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur- salur darah. Menurut Wark dan Warner(1901) pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia, haiwan atau menganggu suasana kehidupan. Menurut Wikipedia Bahasa melayu, pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera.

Punca Pencemaran 
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos, simen atau bateri kereta. Selain itu, pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku. Bahan-bahan seperti sampah sarap, sisa makanan dan sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti- aktiviti manusia seperti pembakaran sampah. Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut. Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber- sumber semulajadi seperti gunung berapi, pembakaran sisa- sisa kayu atau jerami- jerami padi secara berleluasa. Namun demikian, bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina, letusan gunung berapi, tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.


Kesan Pencemaran

TERHADAP MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan. Gas- gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru- paru. Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Contoh bahan tersebut ialah gas ozon, ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru- paru. Manakala habuk, asap, kabus, wap atau bahan- bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia. Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.

TUMBUHAN
Selain itu, kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun, klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut. kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.

HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru- paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.


Langkah Mengatasi
PENAMPALAN OZON
Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.

MEMPERKENALKAN UNDANG- UNDANG
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN KITAR SEMULA
Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan. Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.


CONTOH GAMBAR PENCEMARAN UDARA

 gambar menunjukan kawasan kilang melepaskan asap ke udara

 gambar menunjukan kawasan hentian kapal melapaskan asap 

 gambar menunjukan bas melepaskan asap kotor 



gambar menunjukan kawasan perkilangan melepaskan asap

No comments:

Post a Comment