Pencemaran Tanah

Takrifan Pencemaran

Definisi dan Pengertian dari Pencemaran tanah adalah kerosakan lapisan tipis bumi yang bermanfaat iaitu tanah produktif untuk menumbuhkan tanaman sebagai sumber bahan makanan. Tanpa tanah yang subur, petani tidak bisa bercucuk tanam dan menghasilkan makanan untuk orang di seluruh dunia. Tanah yang subur dipengaruhi juga oleh organisme seperti bakteri, dan organisme lain yang menguraikan limbah dalam tanah dan menyediakan unsur hara. Unsur hara memberikan pertumbuhan bagi tanaman. Pupuk dan pestisida dapat membatasi kemampuan organisme tanah untuk menguraikan limbah. Akibat penggunaan pupuk dan pestisida berlebihan dapat merusak produktivitas tanah. Pencemaran tanah dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan, dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal.


Punca Pencemaran
Pencemaran tanah disebabkan oleh hasil pembuangan sampah yang mengandung bahan- bahan anorganik yang sukar terurai dalam tanah seperti plastik, dan kaca. Bahan- bahan ini sukar diuraikan oleh organisme dan mengakibatkan tanah akan berkurang. Jika sampah atau yang dibuang mudah terurai oleh mikro organisme, bahan-bahan itu akan mengalami proses pembusukan kemudian terurai dan menyatu dengan tanah sehingga tidak menimbulkan pencemaran. Secara langsung mengakibatkan sampah yang dirasakan manusia adalah timbulnya bau yang tidak sedap dan kotor. langsung diantaranya tempat pembuangan sampah dapat menjadi tempat berkembangnya organisme penyebab penyakit. Organisme ini dapat menyebabkan pernyakit ataupun hanya sebagai vektor (pembawa) penyakit yang merugikan manusia. Adapun penyakit yang dapat berkembang pada daerah berlimbah yang tidak terjada sanitasinya seperti pes, kaki gajah, malaria, demam berdarah ataupun penyakit yang lain. Penyebab pencemaran tanah diantaranya sampah- sampah anorganik yang tidak dapat diuraikan oleh bakteri. Upaya untuk mengurangi penumpukan sampah adalah dengan melakukan daur ulang sampah anorganik.


Kesan Pencemaran

Penyebaran kuman- kuman penyakit merupakan salah kesan yang akan timbul kesan daripada pencemaran tanah. Haiwan- haiwan perosak seperti tikus, lipas dan lalat akan tertumpu di kawasan itu dan menyebarkan kuman- kuman penyakit ke tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas, seterusnya di makan oleh manusia tanpa sengaja maka manusia akan mudah diserang keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Selain itu, Kerosakan tanah dan kualitinya juga merupakan kesan yang akan timbul apabila terjadinya pencemaran tanah. Sisa- sisa industri dan hasil tumpahan dari kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang kualiti. Tanah yang kurang kualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur- sayuran yang ditanam hidup dengan tidak sempurna dan kurang subur. Hakisan tanah juga akan turut terjadi jika pencemparan tanah berlaku. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh negara. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan gempa bumi. Terdapat banyak yang sedang diancam hakisan tanah.Antara aktiviti- aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan tanah adalah pembersihan dan pembajakkan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada runtuh.


Langkah Mengatasi
Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran tanah. Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Selain itu, kempen kesedaran juga boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Antara kempen- kempen alam sekitar yang boleh dilaksanakan adalah kempen cintailah sungai kita, kitar semula, dan sahabat alam. Dalam kempen ini peserta akan diajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya. Pendedahan media masa juga merupakan salah satu cara yang boleh di ambil untuk menangani isu pencemaran tanah.Pada hari ini, media masa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media masa tentang isu pencemaran alam, masyarakat umum akan berhati- hati dalam menangani masalah pencemaran.



CONTOH GAMBAR PENCEMARAN TANAH

gambar menunjukan tempat pembuangan minyak kilang

gambar menunjukan kawasan pelupusan sampah

gambar menunjukan kawasan pelupusan sampah

gambar menunjukan minyak dari kilang yang telah bercampur dengan tanah

No comments:

Post a Comment