Pencemaran Laut

Takrifan Pencemaran

Pencemaran mengikut definisi bermaksud adalah untuk merosakkan atau tidak bersih atau kotor. Pencemaran laut berlaku berlaku apabila sumber air dicemari berikutan sejumlah besar bahan tertentu bercampur dalam air. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mengotorkan. Pencemaran laut ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik, dan laut. Apabila pencemaran air berlaku, air mengalami perubahan dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan jika digunakan. Pencemaran air berlaku sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.


Punca Pencemaran

Punca utama pencemaran laut ialah aktiviti pengilangan, kegiatan pertanian dan bahan buangan domestik dari kawasan perumahan. Bahan- bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang- wenangnya ke dalam sungai dan terus mengalir ke dalam laut. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan- bahan buangan disalurkan ke dalam sungai- sungai berkenaan supaya terus ke laut. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan laut terutamanya bahan agrokimia. Pemprosesan hasil- hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalurkan ke dalam laut. Hampas- hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam laut. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak akan mencemarkan sumber air di dalam laut. Selain itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran laut. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi- perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, air akan tercemar.


Kesan Pencemaran

Kepupusan hidupan akuatik
Menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang juga ekologi dan    rantaian makananmembunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakauburung pula jika terkena minyak akan menyebabkan sukar terbang seterusnya matispesis terancam semakin pupus, contohnya penyu.

Menjejaskan sumber pendapatan nelayan
Menyebabkan ikan berpindah habitat yang lebih selamat, tumpahan minyak menyebabkan segala peralatan nelayan rosak dan misalnya tumpahan minyak di tengah laut telah menjejaskan pendapatan nelayan di situ memandangkan sumber pendapatan utama penduduk sekitarnya bekerja sebagai nelayan.

Menjejaskan industri pelancongan
Tumpahan minyak menyebabkan bau yang tidak selesa, kawasan terumbu karang boleh terjejas teruk apabila berlaku pencemaran air dan pulau dan pantai akan kurang dikunjungi seandaianya tarikan alam marin ini terjejas dan musnah.


Langkah Mengatasi

Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air. Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem sungai daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem sungai.

Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

Pemasangan perangkap sampah.
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

Kempen kesedaran melalui iklan TV.
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.  Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil  tindakan yang kita buat hari ini.


CONTOH GAMBAR PENCEMARAN LAUT



 gambar menunjukan takungan sampah di kawasan laut

 gambar menunjukan kawal karam melepaskan minyak ke laut

 gambar menunjukan sampah sarap yang berada di laut

gambar menunjukan sebuah kapal telah terbakar akibat dari tupahan minyak 

No comments:

Post a Comment