Pencemaran Bunyi

Takrifan Pencemaran

Pencemaran bunyi ialah bunyi yang berlebihan yang tidak dikehendaki dan meyebabkan kacau ganggu. pencemaran bunyi adalah sesuatu yang subjektif di mana seseorang boleh menganggap bunyi itu sebagai kurang menyenangkan  manakala bagi bagi orang lain adalah sebaliknya. oleh itu, sama ada sesuatu bunyi itu adalah pencemaran bergantung kepada  kuantiti bunyi, kualiti bunyi, dan sikap penerima bunyi berkenaan. walau bagaimanapun, bunyi yang melebihi 75 dB dianggap sebagai pencemaran. pencemaran bunyi dapat diklafikasikan kpd beberapa jenis iaitu kebisingan selenjar, kebisingan fluktasi, hentakan impuls dan kebisingan selang- seli. kebisingan selenjar merupakan kebisingan yg selar dan kurang drpd 3dB. ini berlaku apabila seseorang berbisik kerana gelombang bunyi  bergetar dgn lebih perlahan. manakala kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yg lebih tinggi & rendah. pada tahap ini, getaran gelombang bunyi akan bergetar lebih cepat drpd kebisingan selejar. getaran gelombang adalah sekitar 3dB sahaja. seterusnya, hentakan impuls.hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dlm tempoh yang singkat. contohya tembakan, ketukan atau lagaan drpd benda keras. lazimnya, tahap getaran gelombnag ini akan memuncak dan menurun dengan lebih cepat. pada tahap ini juga, intensiti bunyi ialah melebihi 80dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. akan tetapi intensiti ini masih  menunjukkan tahap bunyi yang tinggi kerana bunyi yg kuat memberi kesan yang lama terhadap geteran. jenis terakhir pencemaran bunyi ialah kebisingan selang- seli. kebisingan ini berlaku secara selang seli. ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan & kuat dalam jangka masa pendek. contohnya: ketika seseorang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak & getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu diberhentikan.


Punca Pencemaran

Bunyi kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan lain- lain yang banyak menyumbang kearah pencemaran ini. pembangunan kawasan industri mengeluarkan bunyi melalui pemprosesan material, jentera, kenderaan, aktivi pembuatan akan menjejaskan ketenteraman kepada orang ramai dan memberi kesan kepada manusia seprti gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain. pembinaan kawasan petempatan mengeluarkan bunyi apabila cerucuk- cerucuk besi ditanam di dalam tanah untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi. kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi, pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan batuke lori turut menjadi punca pencemaran ini.


Kesan Pencemaran

Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada  kesan fisiologi dan kesan psikologi  . kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respons kepada keadaan cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang mengganggu komunikasi antara manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan. Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat perumahan mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka dimana kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan Bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah 65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak mematuhi undang undang dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan .


Langkah Mengatasi

Terdapat pelbagai strategi mengurangkan pencemaran bunyi antaranya ialah penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan raya, menghadkan berat kenderaan, mengunakan kawalan trafik agar tidak mengalami tekanan brek dan pecutan bagi kenderaan.

Selain itu, pelaksanaan model computer bagi buyi jalan, mampu menangani topografi dan operasi trafik serta pengurangan hipotesis tempatan. Kos pembinaan pengurangan bina adalah sederhana tertakluk pada penyelesaian pada tahap perancangan projek laluan jalan. Pengeluaran bunyi dari kapal terbang dengan menghasilkan enjin jet yang lebih senyap yang dilakukan pada 1970-an dan 1980-an. Strategi ini membawa pengurangan terhad. Bagi pihak pengurusan operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan telah membuktikan memberi kebaikan penduduk berhampiran lapangan terbang



CONTOH GAMBAR PENCEMARAN BUNYI

gambar menunjukan kawasan tapak pembinaan

gambar menunjukan kawasan longgokan pasir

gambar menunjukan kawasan tapak pembinaan

gambar menunjukan jalan raya yang tengah sesak

No comments:

Post a Comment